Friday, March 22, 2013

Entri Kecilku: iCity

Yeay! Pergi iCity! Yeay Yeay!

Gembira betul Zira masa tu! Tambah lagi, sedara pun JOIN pergi iCity sama! Takdelah bosan nanti! Waktu tu kitorang pergi ambil sedara Zira ( Nabilah ) punya kakak ( Nadia ).

Nak tengok muka Nadia & Nabilah macam mana? Meh tengok:


Lawa kan? Comel kan? Sebelah kiri tuh Zulaikha Nabilah.. Yang kanan tu pulak Zulaikha Nadia. Rapat? Yalah! Adik Beradik!

Yang budak ni pulak nama dia Muhd Syahmi:


Adik kepada Nabilah dan Nadia tadi.

Ok sambung cerita, bila kitorang sampai. Korang memang MESTI tak boleh gambarkan betapa gembiranya kitorang waktu tu. Lepas kitorang register.. 

Eh jap jap! Lupa nak bagitau. Kitorang pergi dengan abang Zira ( Hazwan ), Mak Su ( Mak Nabilah, Nadia & Syahmi tu ), Ibu Zira, Nabilah, Nadia & Syahmi. 6 Orang! Nak tau harga kesemua 6 tiket tu? RM200 lebih tak silap!

Mak Su yang belanja. Hahahah! Okey.. Berbalik pada topik asal. Lepas kitorang ambik jaket untuk masuk SNOWWALK. Kitorang pun masuk! Ops! Sebelum tu, Syahmi kena beli kasut but!



10 minit selepas kitorang mashuk snowwalk. Hamboi! Dah rasa kebas kebas. Nabilah pulak dah macam nak beku. Cepat cepat kitorang keluar. ( Nabilah, Mak Su & Zira ). Mak Su pun belikan Zira & Nabilah kasut but. Lepas beli kasut, Kitorang bertiga pun masuk balik. ( Harap maklum, snowwalk iCity ni boleh keluar masuk tau! Mungkin sebab taknak orang sejuk beku! ).

Dan bersuka ria lah kami!

*Klik Gambar Jika Ingin Nampak Lebih Jelas*

Kalau blog ni ada masalah ke, apa ke. Beritahu tau! Jangan main biar je. Beritahu dapat pahala tau!

Memang sejuk beku dalam iCity SnowWalk. Lepas kitorang main SnowWalk. Kitorang pun keluar.. Kali ni, kitorang main OUTDOOR pulak! Amacam? Duit sapa? Mak Su & Ibu Zira jugak! Hahahah. 

Thank You Mak Su!
Thank You Ibu!

Okey. Okey. Okey.

Lepastu bila balik..Kitorang singgah KFC..



=P

Biasalah.. Orang baru lepas main & bersuka-ria kat ais dan OutDoor. Mestilah lapar, haus & penat kan? Restoran nilah tempat kitroang berehat! Waktu tu memang sikit je orang dalam KFC tuh. Lepas order apa bagai, Kitorang makan berselera sekali! CUMA...

Cuma Zira je tak makan banyak. 2 Ketul ayam & 1 botol air Pepsi. Pastu dah! Syahmi pun simpati.. Dia cakap : " Eh, Zira. Ni je ko makan? Diet ke apa? Nanti sampai rumah kau lapar macam mana?"

Hmm.. Zira tetap tanak makan banyak. 

Oklah.. Jumpa Lagi!

Tata Titi Tutu!